SELAMAT DATANG! WELCOME! BIENVENUE!
Showing posts with label nota. Show all posts
Showing posts with label nota. Show all posts

Tuesday, 9 June 2009

FAQ: Soalan-soalan yang sering diajukan.

Helo semua! :D

Mungkin ada sesetangah yang masih kurang pasti bagaimana hendak menempah dari Pip Pops. Di sini saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya. Semoga dapat membantu! :D Jika masih ada pertanyaan, sila e-mail saya di pippops.mail@gmail.com atau sms saya di 8786168. :D

Q. Berapa lama boleh saya mengambil tempahan saya?
A. Seawal 8 am.

Q. Berapa biji cupcake boleh saya tempah pada satu masa?
A. Sebanyak yang awda ingin tempah, bergantung juga kepada jadual saya padi hari berkenaan.

Q. Boleh kah saya memperbagaikan hiasan kek saya?
A. Setentunya boleh! Contohnya, awda boleh menempah Crazy Hippie Cupcake dengan hiasan cream cheese. Saya akan memaklumkan harganya. :D

Q. Bolehkah saya membuat pesanan selain yang di pamerkan di Pip Pops?
A. Insya Allah, bergantung kepada ruang masa dan bahan-bahan.

Q. Adakah Pip Pops membuat penghantaran tempahan.
A. Tertakluk kepada kesesuaian tempat, waktu dan saiz tempahan.

Semoga dapat membantu! :D

Friday, 15 May 2009

Tinjauan

Hello semua! :D

Saya memerlukan bantuan awda untuk memperbaiki Pip Pops Cupcakes dengan menjawab tinjauan ini.

Terima Kasih... :D

Monday, 11 May 2009

Pip Pops Melayu - Inggeris

Hello semua!

Pip Pops kini ada dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga Melayu. Untuk bahasa Inggeris, sila tekan link di sebelah kanan screen awda. :D Terima Kasih!

Tip untuk menyimpan cupcake awda

Menyimpan cupcake awda

Ini adalah sedikit tip untuk cara terbaik menyimpan cupcake awda. Akan tetapi, setiap orang ada cara tersendiri. Secara umum, saya suka cupcake yang lembut. Oleh itu, saya tidak menyimpan cupcake di dalam peti sejuk. Cara terbaik ialah dengan menyimpan cupcake di dalam bilik yang dingin (aircon).

1. Buttercream frosting

- Ramai mungkin tidak gemar buttercream yang rasa agak berminyak dan cair. Oleh itu, cupcake yang berhias buttercream boleh disimpan di dalam peti sejuk. Buttervream akan mengeras sedikit tetapi masih cukup lembut untuk dimakan. Namun, kek mungkin kurang menjadi kurang lembut.

2. Chocolate frosting

-Perhiasan menggunakan coklat adalah lebih mudah disimpan kerana ia tidak cair walaupun tidak di simpan di dalam peti sejuk. Cupcake begini sesuai di simpan di bilik yang dingin.

3. Cream Cheese frosting

-Saya tidak gemar dengan rasa cream cheese jika apabila disimpan di dalam peti sejuk. Menyimpan cupcake berhias cream cheese di dalam blik yang dingin adalah cara terbaik.

Nota penting, sila baca. :D

Polisi Pip Pops

-sila buat tempahan sekurang-kurangnya 5 hari lebih awal.

Jika awda terpaksa membuat tempahan pada saat-saat akhir, sila hubungi saya untuk pertanyaan.

-sila datang pada waktu temu janji dengan tepat. Jika awda mungkin terlambat, sila sms saya. Ini adalah untuk memastikan kualiti cupcake tidak terjejas.

-Untuk tempahan banyak, saya mungkin akan meminta bayaran pendahuluan.

-Jika awda tidak berpuas hati dengan pembelian awda, wang awda akan dikembalikan (dengan mengembalikan pembelian awda dalam keadaan asal dan tidak banyak berkurangan dalam masa sehari).

Terima kasih di atas kerjasama biskita. :D
Sila hantarkan pendapat awda untuk cara memperbaiki cupcakes saya ke pippops.mail@gmail.com. TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG! :D